Drkam's Blog

Rawatan Ortodontik

Posted on: June 16, 2009

Adakah Anda Perlu Rawatan Ortodontik?

drkam@wordpressPesakit yang inginkan rawatan ortodontik patut berjumpa dengan pakar ortodontik atau doktor yang mengamal rawatan ini untuk perundingan lengkap dan menentukan pelan rawatan yang khusus dan terbaik untuk keperluan anda.

APAKAH ITU ORTODONTIK DAN RAWATAN ORTODONTIK?

Ortodontik adalah cabang pergigian yang mengambil kisah tentang perkembangan muka, rahang dan kegigian. Ia adalah kepakaran yang membuat diagnosis, mencegah dan merawat masalah-masalah susunan gigi dan rahang.ortho2

Istilah teknikal masalah-masalah ini ialah ‘maloklusi’ yang bermaksud ‘gigitan yang tidak normal’.

Rawatan ortodontik menggunakan aplians pembetulan, yang dikenali sebagai pendakap atau ‘braces’, untuk membawa gigi dan rahang ke kedudukan yang lebih baik.

CONTOH-CONTOH MALOKLUSI

Penkelasan Maloklusi berdasarkan hubungan rahang atas dan bawah

Penkelasan Maloklusi berdasarkan hubungan rahang atas dan bawah

Kesesakan,Gigi Jongang, Gigitan Silang,Kurang Gigi, Gigitan Terbuka, Gigitan Terbalik, Gigitan Dalam, Gigi Terimpak.

Selain dari itu untuk memudahkan identifikasi maloklusi, pengelasan dilakukan untuk memudah rujukan antara perawat berdasarkan hubungan rahang atas dan bawah.

A. Oklusi normal

B. Jonggang sebahagian gigi atas

C. Jonggang yang ketara

D. Rahang bawah lebih panjang dari rahang atas

belbagai maloklusi dan selepas rawatan

belbagai maloklusi dan selepas rawatan


BILAKAH BERTIMBANG UNTUK BERJUMPA PAKAR ORTODONTIK?

Muka, rahang dan gigi tumbuh dari lahir sehingga dewasa.

Kebanyakan pertumbuhan dan perkembangan berlaku semasa zaman kanak-kanak dan belasan umur.
Bagaimanapun, perubahan masih berlaku, disebabkan penuaan, pada peringkat dewasa.

Adalah disyorkan seorang kanak-kanak berjumpa dengan pakar ortodontik
semuda umur 7 tahun, bila kegigian dewasa mula tumbuh, untuk memastikan jika rawatan ortodontik awal diperlukan.

Kebiasaannya, kebanyakan rawatan dijalankan pada zaman remaja, bila semua gigi kekal
dewasa (kecuali gigi bongsu) telah tumbuh dalam mulut.

Sesetengah rawatan kadangkala baik dibiarkan sehingga kebanyakan pertumbuhan telah berhenti. Sebagai contoh, ketidakseimbangan hubungan rahang, yang memerlukan pembedahan ortognatik, biasanya
hanya dibetulkan pada awal dewasa.

Orang dewasa juga boleh menjalani rawatan ortodontik, sebab gigi masih
boleh bergerak!  Pergerakan gigi, walaubagaimanapun, mungkin lebih perlahan.

Sesetengah rawatan memerlukan pengurusan antara-disiplin melibatkan
pelbagai doktor/pakar. Sebagai contoh:Pengurusan pesakit Sumbing Bibir dan Lelangit mungkin memerlukan
kerjasama Pakar Bedah Plastik, Therapis Pertuturan, Doktor Gigi Kanak-Kanak dan lain-lain.

klef/kecacatan rahang

klef/kecacatan rahang

Pengurusan pesakit yang mempunyai kecacatan/ ketidakseimbangan rahang, mungkin memerlukan rawatan kombinasi pembedahan-ortodontik, bersama-sama Pakar Bedah Mulut dan Maxilofasial.

RISIKO RAWATAN ORTODONTIK

gusi bengkak selepas rawatan

gusi bengkak selepas rawatan

Beberapa risiko rawatan ortodontik adalah seperti berikut:

Sakit, ketidakselesaan, ulser mulut semasa rawatan

Dekalsifikasi (tompok putih/coklat) atas gigi dan karies (lubang gigi)

Gingivitis (gusi bengkak dan berdarah)

Resorpsi akar (akar gigi menjadi pendek)

Rawatan tak lengkap menyebabkan sedikit/tiada kebaikan yang diterima dan mungkin tinggal ruang cabutan
gigi yang besar

TANGGUNGJAWAB PESAKIT

  • Relaps( gigi kembali tidak lurus) akibat tidak cukup pemakaian alat pemegang * Anda akan menjaga kebersihan mulut anda. Anda perlu memberus gigi selepas setiap kali makan

  • * Anda akan berusaha mengekalkan alat ortodontik anda dalam keadaan sempurna
    * Anda akan berusaha mengikuti segala arahan doctor
    * Anda akan berusaha supaya hadir semua temujanji yang diberi.Kegagalan memenuhi tanggungjawab anda mungkin melambatkan rawatan anda, membuatkan keputusan
    yang baik sukar diperolehi dan menyebabkan masalah seperti yang diutarakan sebelum ini terjadi.Sekiranya
    anda merasakan anda tidak dapat memenuhi tanggungjawab seperti di atas:* Barangkali lebih baik rawatan ortodontik TIDAK dimulakan.
    * Jika anda sedang dalam rawatan, ia mungkin dihentikan.

    PROSES RAWATAN ORTODONTIK

    PERUNDINGAN ORTODONTIK

    Ini hanya temujanji perundingan. Hanya pemeriksaan akan dilakukan. Tiada rawatan akan diberi. Pakar ortodontik akan menasihatkan anda/anak anda mengenai apa yang difikirkan patut.

    Sekiranya ada apa-apa soalan, sila tanya pakar ortodontik. Sekiranya anda was-was dengan nasihat yang diterima, anda mungkin mahu mendapatkan nasihat daripada pakar yang lain.

    Anda patut mengetahui bahawa rawatan biasanya hanya akan dicadangkan jika anda/anak anda:

    * Mempunyai kesihatan mulut yang baik, tanpa karies atau penyakit gusi
    * Mempunyai kesihatan badan am yang baik
    * Bermotivasi untuk menerima rawatan selama beberapa tahun
    * Setuju menerima tanggungjawab sebagai pesakit

    PENGAMBILAN REKOD ORTODONTIK

    salah satu radiograf  yang sering di gunakan didalam diagnostik

    salah satu radiograf yang sering di gunakan didalam diagnostik

    Semasa temujanji ini, beberapa rekod akan di ambil.Ini termasuk salah satu/semua daripada berikut:

    Sejarah dan Pemeriksaan
    Acuan untuk Model Kajian
    Gambar muka dan gigi anda
    Radiograf di mana perlu

    Rekod-rekod ini akan digunakan untuk memeriksa gigi dan gigitan anda dan merancang rawatan ortodontik anda.

    Rancangan ini akan dibincangkan denga anda pada temujanji depan.

    Sekiranya terdapat apa-apa soalan, sila tanya pakar ortodontik.

    PELAN RAWATAN ORTODONTIK

  • Semasa temujanji ini,
    doktor akan berbincang dengan anda, pelan rawatan yang dia fikirkan sesuai untuk masalah anda.
  • Pelan ini adalah pendapat pakar ortodontik ini. Doktor lain mungkin mempunyai pendapat berbeza. Sekiranya
    anda tidak yakin dengan pelan ini, anda boleh meminta pendapat pakar lain.Anda boleh mengambil masa berfikir mengenai pelan ini. Anda tidak perlu menerima/menolak pelan ini
    dengan segera.

    Sekiranya anda bersetuju menerima pelan ini, anda perlu faham bahawa anda komited untuk menjalani
    rawatan selama 2-3 tahun dengan temujanji 1-2 bulan sekali. Anda juga bersetuju menerima tanggungjawab
    anda sebagai pesakit.

    Ada juga yuran yang perlu dibayar, jika alat ortodontik anda rosak/pecah berulang kali, anda mungkin
    diminta membayar untuk pembaikan/pembikinan aplians baru.

    RAWATAN ORTODONTIK (Aplians Ortodontik Tetap)

    komponen komponen aplains tetap

    komponen komponen aplains tetap

    Aplains ortodontik tetap adalah pendakap yang terlekat pada gigi. Ia tidak boleh dikeluarkan daripada mulut dan tak sepatutnya tertanggal.

    Rawatan aktif biasanya, secara purata, mengambil masa 2 tahun. Sesetengah kes mengambil masa lebih lama dan sesetengahnya, lebih singkat. Selepas itu, anda biasanya akan diberi alat pemegang.

    Temujanji berkala biasanya diatur 1-2 bulan sekali.

    Anda patut manjangka yang berikut:

    • Kesakitan, perubahan suara dan kejadian ulser mulut dalam beberapa hari selepas alat ortodontik dipasang dan selepas ianya diubahsuai. Anda akan membiasakan diri selepas seketika. Jika perlu, anda boleh mengambil ubat tahan sakit yang biasa.
    • Ketidakselesaan semasa makan dan bunyi sendi rahang disebabkan perubahan dalam kedudukan gigi. Ini biasanya sementara sahaja dan akan reda selepas rawatan.

    Kejayaan rawatan anda kebanyakanya bergantung kepada usaha anda sendiri. Anda harus mimikul tanggungjawab anda.

    Anda mesti melakukan yang berikut semasa rawatan:

    • Menjaga kebersihan mulut. Anda mesti memberus gigi setiap kali selepas makan. Guna ubat gigi berfluorida
      dan ‘berus gigi botol’ khas, jika perlu, untuk memberus di bawah wayar. Penggunaan kumur mulut berfluorida mungkin membantu.
    • Makan makanan lembut sahaja. Makanan keras, besar dan melekit (kacang, keropok, daging liat, gum kunyah dll) akan merosakkan aplians alat ortodontik anda. Anda patut potong makanan anda sehingga kecil sebelum memakannya.

    Jika anda mempunyai masalah dengan alat ortodontik anda, sila datang ke klinik secepat boleh untuk pemeriksaan.

    aplians boleh tanggal
    aplians boleh tanggal

    RAWATAN ORTODONTIK (Aplians Fungsi Dan Boleh Tanggal)

  • Aplians boleh tanggal adalah pendakap yang boleh dikeluarkan daripada   mulut. Aplains fungsi adalah pendakap khas yang bertujuan memperbaiki hubungan rahang anda. Ia biasanya boleh tanggal.

    Ia hanya berkesan sekiranya anda bekerjasama dengan arahan kami. Arahan ini mungkin seperti berikut:

  • Anda perlu memakainya hampir sepenuh masa. Ini termasuk bila ke sekolah, tidur, tengok TV dll.
  • Anda patut hanya menanggalkannya bila berus gigi, bermain sukan lasak, makan, bercakap depan khayalak
    ramai dan berenang.
  • Bila di luar mulut, simpankannya dalam bekas teguh, sebelum memasukkannya dalam beg, poket ataupun tempat lain.
  • Bila memberus gigi, bersihkan aplians ini juga.
    • Ketidakselesaan pada gigi dan otot rahang.
    • Pengaliran air liur yang banyak.
    • Kesusahan bercakap dan perubahan suara yang sementara.
    • Kelonggaran aplians ini pada mulanya.
    • Anda akan membiasakan diri memakai aplians anda selepas seketika. Jika anda mempunyai masalah dengan alat ortodontik anda, sila datang ke klinik secepat boleh untuk pemeriksaan.

      TOLONG SIMPAN APA-APA YANG TANGGAL DARI GIGI ATAU APLIANS ANDA
      DAN TUNJUKKAN KEPADA DOKTOR.

      Sekiranya anda tidak dapat memikul tanggungjawab anda, dan gigi anda mula dirosakkan akibat pemakaian alat ortodontik, rawatan anda mungkin dihentikan.

      PEMEGANGAN ORTODONTIK

      pemegang boleh tanggal selepas selesai rawatan

      pemegang boleh tanggal selepas
      selesai rawatan

  • Anda selesai dengan rawatan ortodontik aktif. Anda akan diberi alat pemegang untuk dipakai. Tujuan alat ini adalah untuk megekang gigi anda dan mengelakannya kembali ke kedudukan asal (relaps).

      Gigi dan gusi anda memerlukan masa untuk suai di kedudukan baru.

      Contoh tempoh biasa pemakaian alat pemegang (alat boleh tanggal) ialah seperti berikut:

      • 6 bulan sepenuh masa.
      • 6 bulan separuh masa (contohnya malam sahaja).
      • Pemakaian berterusan, beberapa malam seminggu, selama perlu.
      • Kadang-kadang, bergantung kepada masalah khusus anda,lower fixed retainer sekiranya anda ingin mengekalkan perubahan yang diperolehi,
        anda mesti memakai alat pemegang seumur hidup. Dalam kes begini, anda boleh memakai alat boleh tanggal
        seperti di atas, ataupun melekatkan
        seutas wayar pada gigi anda (alat pemegang tetap/lekat).

      Doktor anda akan menasihatkan yang mana paling sesuai untuk anda.

      Oleh kerana tumbesaran dan peningkatan umur, walaupun gigi anda lurus sekarang, kami tidak boleh menjamin ia kekal lurus selamanya. Cara terbaik untuk mengekalkan kedudukan gigi, ialah dengan pemakaian berterusan alat pemegang anda.

About these ads

63 Responses to "Rawatan Ortodontik"

Caries lesions after orthodontic treatment . Is it common?

White spot lesions developed during orthodontic treatment have very limited ability to improve after appliance removal.
Further research to investigate the potential of preventive measures to enhance lesion improvement is necessary.

hi.saya ada masalah gigi x rata atas bwh.boleh saya tau berapakh angaran kos dan berapa lama rawatan utk pasang….tq

————————–
Efa, nak buat rawatan dimana? Klinik kerajaan, atau klinik swasta? Klinik swasta mungkin diantara RM4-10 ribu bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Rawatan mungkin mengambil masa antara 18 sehingg a 36 bulan__ drkamsiah

Saya ada masalah gigi.gigi hadapan saya hampir putus apa yang saya harus lakukan,berapa kos Implan
____________ saudari perlu melakukan pemeriksaan klinikal untuk mempastikan berapa banyak implan yang diperlukan, kuantiti dan kualiti tulang saudari sebelum dapat di pastikan kos.____drkam

berapakah anggaran kos untuk rawatan ini..dari awal hingga akhir rawatan?______________

bergantung kepada jenis maloklusi dan jangksmasa rawatan. adakah perlu aplains tetap atau aplains boleh tanggal, satu rahang atau dua rahang. Sata cadangkan Suzana berjumpa pakar Othodontik yang bertauliah supaya rawatan terperinci dapat dilakukan. Selalunya bayaran boleh dilakukan secara beransuran.

Saya ingin membuat rawatan ortodontik di gigi rahang bawah. Berusia 20 tahun. Jika rawatan dilakukan klinik kerajaan.. ada kah subsidi untuk pekerja kerajaan?

______________________________

Selalunya klinik kerajaan mengambil pelajar pelajar sekolah, dan senarai menunggu boleh sehingga 5 tahun. Rawatan diklinik kerajaan bukan percuma.

hye. i ade masalah gigi berlapis . n i nak tnye, slain daripada rawatan memakai braces, ade tak rawatan lain yang lebih cept. n btw, i berumur 19 tahun n im a diabetis patient. tq.

____________________

Hye, besar kemungkinan rawatan kosmetik pergigian yang melibatkan korona pergigian dan rawatan akar. Rawatan ini lebih cepat dan tidak perlu memakai braces___________drkam

salam, sy ada masalah gigi x rata (depan/belakang) di bhgian atas, boleh gunakan this ortodontik?

_________________________________________

Sudah pasti.______drkamsiah

salam dr,bolehkah sya membuat pemasangan braces pada temujanji yang pertama? jika ya,adakah kosnya lebih besar?

——————————————–
Chie, selalunya, data data perlu diperolehi sebelum merumus diagnosis di dalam setiap kes Ortodontik. Data data ini adalah maklumat yang merangkumi riwayat kesihatan, riwayat pergigian, Radiograf radiograf terkini, model pergigian, dari acuan yang di ambil dan juga gambar gambar profil. Tiada masalah dari segi pemasangan seta merta tetapi, diagnosis yang tepat perlu di lakukan , supaya rawatan tidak mengambil masa lebih lama dari sepatutnya jika kecuaian dilakukan ditahap diagnosis.

selamat sejahtere dr…
saya berumur 19 tahun..
klau saya nak buat braces kat UM boleh tak?
saya belajar di maktab perguruan dan akan bekerje dgn kerajaan soon…
berape kadaar bayaran yer?
terima kasih!

____________________________
Salam sejahtera Ali.. tentang kos rawatan dan senarai menunggu untuk rawatan Ortodontik diklinik kerajaan, saya kurang pasti. Selalunya di hospital hospital kerajaan ada Pakar Othodontik, dan bukannya di klinik klinik kecil kerana tiada kemudahan. Keutamaan diberi kepada murid murid sekolah!!!

saya ingin tanya gigi depan (atas) saya tak rata…jadi apakah rawatan yang sesuai?dan berapa kosnya? thanks

—————————————-
Jean, saya sarankan supaya saudari mendapat nasihat secara peribadi dan professional dari doktor pergigian kerana ia mungkin melibatkan beberapa faktor. Jika saudari sudi, boleh hantar kepada saya sekurang kurangnya gambar gigi yang dimaksudkan supaya saya dapat mengkaji dan mungkin mencadangkan rawatan yang sesuai___ kamsiah

Saya pelajar IPTA di KL berumur 22 thn. Gigi saya dalam jenis maloklusi jenis B dimana gigi atas sedikit kedepan. Saya ingin melakukan temujanji di klinik ortodontik bulan hadapan. Ada tak kemungkinan gigi saya dicabut sebelum proses rawatan dan kemungkinan kesakitan yang mengganggu pembelajaran di ipta ketika memakai braces? thanks dr.

_________________________________________________________

Nadiah perlu melakukan beberapa perkara sebelum keputusan mencabut gigi perlu atau tidak. Nadiah perlu mengambil Radiograf radiograf tertentu untuk memastikan samada masalah hanya berpunca dari gigi atau tulang rahang. Gambar gambar profil luar mulut dan di dalam mulut juga perlu di samping membuat model pergigian dari acuan gigi atas dan bawah. Ini bukan sahaja memberi diagnosis yang lebih tepat tetapi dapat menjawap kemusykilan samada perlu atau tidak mencabut gigi.

Sensasi kesakitan bergantung kepada tahap toleransi individu. Ada yang boleh tahan kesakitan yang tumpul sahaja apabila ‘braces’ diketatkan setiap bulan. Makanan yang sesuai perlu pada ketika ini untuk beberapa hari sahaja.____ kamsiah

Dr,
Sy sdh mmakai pndkp gigi br 3minggu ttapi gigi msh tidak bergerak menutupi ruang gigi sy yg tlh dicabut..
Pd pndpt dr, berapa tempoh msa gigi sy mengalami perubahan, dan ada tak cara yg efisien utk mmprcepatkan pergerakan gigi sy?
Thx inadvance :)

________________________

Rawatan orthodontik selalunya mengambil masa antara 18 – 36 bulan! Pergerakan gigi adalah secara perlahan, kalau laju, gigi mungkin tercabut! ___ kamsiah.

saya nak tny adakah apabila memakai braces ini,berus gigi khas digunakan?dan ubt gigi yg terbaik utk digunakn?

————————————————-
Mna mana ubat gigi berflorida boleh digunakan. Cik Maizatul boleh menggunakan berus gigi biasa atau berus gigi khas yang direka untuk pemakai braces. Selain itu, cuba teknik yang telah saya bincangkan: http://drkam.wordpress.com/2010/04/17/cleaning-between-the-teeth/

drkamsiah

Dr,

gigi dpn sy crossbite dan gigi yang lain mempunyai susunan tidak sekata dan tidak sama saiz..adakah gigi sy akan cantik jika memakai braces kerana saiz yang tidak sekata itu?

___________________

Insyallah, jika mengikut prodesur dan protokol yang betul gigi saudara boleh di perbaiki dan rata, ia juga menyenangkan saudara menjaga kesihatan pergigian saudara. Lebih mudah memberus dan flos bila gigi ‘rata’__ drkamsiah

salam,saya ada menggunakan floss doktor tetapi ia menyebabkan gusi saya kerap berdarah semasa menggunakan nya.adakah ia membhyakan gusi sy sekiranya ketika menggunakn gigi saya berdarah.

__________________________________

Jika saudari masih mempunyai penyakit gusi , ia akan tetap berdarah kecuali selepas rawatan gusi, dimana dengan cara pemflosan yang betul, gusi tidak berdarah lagi__ drkam

Dr, sy baru memakai pendakap gigi dlm tempoh kurang dr sebulan..soalan sy;
1- adakah sy buleh minum minuman yg baruk kuar dr peti sejuk atau minuman berais?
2- bolehkah sy minum atau makan minuman yg panas? (bukan suam)?
3- adakah minuman atau mknan sejuk dan panas ini memberi kesan pd pendakap gigi? (smada pendakap gigi menjadi longgar or kembang or bgmna?)

_________________________________________

Nisa, saya rasa pelik bila di soal sedemikian rupa. Selepas sebulan, pasti Nisa dapat menyesuaikan diri dengan pendakap gigi. Doktor gigi Nina atau pembantu beliau pasti memberi maklumat asas . Begitu juga dengan cara mejaga kesihatan gigi.

dr, saya disarankan utk menjalani pembedahan untuk membetulkan rahang oleh pakar ortodhontik..ini kerana rahang atas saya lebih besar dari rahang bawah..
adakah ianya bahaya kerana doktor yang merawat saya memberitahu antara risikonya ialah ada kemungkinan saya akan hilang deria rasa selepas pembedahan.namun risiko itu hanya dalam lingkungan 3%.
apa pendapat dr?

———————————-
Jika itu yang disarankan oleh pakar ortodontik, Anne..saya setuju kerana saya telah banyak melihat kejayaan rawatan pembedahan tersebut. Semua rawatan perubatan dan pergigian ada risiko mereka sendiri. Kalau mahu yang terbaik ikut nasihat pakar, dan bukan sahabat handai atau keluarga yang bukan pakar ortodontik________ drkamsiah

saya mengalami masalah rahang yg lemah bermula dengan umur 20thn… sebelum ini tiada masalah.apakah faktornya? adakah rawatan untuk rahang yg lemah? sbb saya takut menjadi masalah dislocation jaws…

____________

Suahana, masalah rahang lemah boleh diatasi dengan cara bukan pembedahan , dengan penggunaan make up, potongan rambut yang sesuai dan postur badan yang betul. Kalau lelaki boleh menyimpan janggut supaya tidak ketara.

Rawatan pemulihan , memerlukan pembedahan pada rahang bawah, untuk mengimbangai struktur muka dengan cara membetulkan balik struktur muka yang ‘lemah’ disebabkan oleh kemalangan atau kongenital. Rahang yang ‘lemah’ boleh menyebabkan kehilangan keseimbagan muka. Pada akhir rawatan ia sepatutnya mengembalikan wajah seperti semulajadi, natural dan sesuai dengan muka secara keseluruhan___________drkamsiah

salam dr. kam,
sy nk tnye mengenai cross infection control dlm pengendalian aplians ortho. adakah sme spt prostesis biase dan apakh bhn disinfectan yg sesuai?mcm mne pulak nk buat cross infection bg patient yg ade Hep B & HIV?i’m a dental tech trainee & now in process to produce a good assgment about ” pengawalan jgkitan silang dlm pengendalian aplians orto”. hope u cud reply asap dr. thanx. ;D

———————————
Dyannie, apa yang kita lakukan adalah Universal Precaution. Setiap pesakit, kita anggap ada penyakit seperti Hepatitis atau HIV. Bukan semua pesakit akan beritahu masalah kesihatan mereka atau ubat apa yang di ambil . Jadi sebagai perawat, pembantu kesihatan, juruteknik MESTI mengambil langkah ini untuk SEMUA pesakit.
Ada yang perlu disterilisasi secara haba, ada secara kimia, terutama didalam menerima impression/acuan , alginate , polyvinylsiloxane atau polyether ada bahan bahan yang digunakan di makmal untuk merendam atau menyembur kimia tertentu tanpa mencacatkan acuan yang telah diambil. Pastikan perawat juga menggunakan teknik sama didalam pembersihan acuan yang telah diambil bebas dari air liur atau darah. Jika perawat tahu masalah pesakit, selalunya rawatan dilakukan pada sesi akhir hari tersebut. Sama juga dengan aplians ortodontik, dan keseluruhan instruments lain.

Instrument Sterilization Protocols

Following a patient treatment session, the following protocol for processing and sterilization shall be employed:

Remove all disposable “sharps” from contaminated work area (cart top and bracket table) after completing care, and place in the sharps container in the operatory.

Remove all disposable waste from the activity area and discard, taking care to properly dispose of materials designated as infectious, or regulated waste (any body fluid).

Pre-soak in ultrasonic solution, if needed, for dried-on body fluids.

All instruments must be cleaned prior to packaging for sterilization in an ultrasonic cleaner with the appropriate cleaning solution for at least 12 minutes. Handling of instruments during the cleaning should be done with heavy gauge utility gloves to minimize the risk of accidental injury. Even with utility gloves, never reach into a container, or ultrasonic containing reusable sharps. Instead, rinse the instruments, then invert the container onto an appropriately covered surface. The ultrasonic cleaner lid must be in place during the cleaning cycle. Instruments are to be rinsed with water following cleaning and spread on paper towels and allowed to dry.

Handpieces should not be ultrasonically cleaned but must be externally cleaned with a brush or paper towel and detergent to remove external debris prior to sterilization.(nowdays we have a special handpieces cleaners too) Handpieces should also be lubricated before and following sterilization to insure proper operation and to prevent premature failure.

Hand cleaning of instruments is to be avoided due to the possibility of injury and spatter.

Burs will be locked into the bur holder, cleaned ultrasonically for 12 minutes, then rinsed and allowed to dry.

Following drying of the instruments, they will be packaged in appropriate materials (read labels on packaging materials to determine suitability for specific sterilization process) and sterilized as follows:

Steam Sterilization

Instrument kits and cassettes

* Dental hand instruments
* Dental handpieces
* Other heat stable items not specifically noted

Dry Heat Sterilization

* Carbon steel instruments other than specified
* Burs in blocks
* Instrument kits and cassettes
* Dental hand instruments
* Dental handpieces
* Other heat stable items not specifically noted

Chemical Vapor Sterilization

* Burs and bur holders
* Instrument kits and cassettes
* Dental hand instruments
* Dental handpieces
* Other heat stable items not specifically noted

2% Glutaraldehyde

* Non-heat sterilizable items, such as rubber mixing bowls, will be cleaned and then sterilized by immersion in glutaraldehyde for at least 10 hours. Notations will be kept with each glutaraldehyde bath to insure immersion of items for full time period. Solutions will also be dated and mixed fresh per manufacturer’s instructions. Items will then be rinsed, dried, and packaged for distribution.

Glasses

* Protective glasses will be disinfected with a 10-minute soak in a 1:10 dilution of household bleach (sodium hypochlorite), then rinsed, dried, and packaged for distribution.

Handpieces

* Heat sterilization of handpieces is mandatory between patients. The only exception to this is the use of disposable prophy angles on the slow speed handpiece. In this case, the handpiece must be covered with a tubing cover leaving only the disposable prophy angle exposed.
* Debris on handpieces should be removed by scrubbing prior to packaging for heat sterilization.
* Handpieces should not be cleaned in ultrasonic cleaners, nor should they be disinfected by immersion in glutaraldehyde solutions.

Saya harap, ini dapat menolong!—drkamsiah

hye, sye berumur 26 tahun..masalah gigi saya ialah, gigi atas agak ke depan. tapi bukan semua cuma dalam 4-5 batang. so, apakah rawatan yang boleh saya ambil, di mana dan berapa kos serta masa yang saya perlukan?

__________________

Hi Maria,

1. Rawatan orthodontik, mungkin perlu mencabut 2 gigi atas untuk menjajar gigi atas jika gigi bawah tiada masalah. Rawatan 18-36 bulan.

2. Membuat rawatan akar dan korona , ia mengambil masa 2-4 minggu sahaja. Walaubagaimanapun, perlu ambil XRay dan acuan gigi sebelum menimbang cara terbaik.__drkamsiah

Dr Kam

Assalamualaikum
Umur saya 35 tahun. tinggal di Kelantan Saya mempunyai masalah gigi kacip atas depan keluar, gigi kacip bawah masuk ke dalam. saya pernah menjalani rawatan gusi (periodontik) di klinik kerajaan sekarang gusi saya sudah stabil. sekarang saya nak betulkan kedudukan gigi. dimana rawatan yang perlu saya buat. kalau klinik kerajaan cuma untuk pelajar sekolah sahaja.

salam doc,sy nk tny bpe lame besi atas lelangit sy ni akan dibuka yer?sy pki braces pd 30/6 yg lalu.tpi kwn2 sy yg pernah pki braces tidak ade besi diatas lelangit seperti sy.kenapa sy kena pakai ye doc???

Salam Dr,
saya ada satu soalan.
saya mempunyai masalah rahang gigi sejak kecil, dimana rahang gigi bawah saya lebih panjang daripada rahang gigi atas contohnya dalam gambar rajah moluklusi “D”.
boleh doktor terangkan
bagaimana kaedah rawatan yang dijalankan dan harga yang dianggarkan
untuk memulihkan rahang gigi bawah yang besar/panjang seperti dalam gambar rajah moluklusi “D”, adakah penggunaan braces juga perlu, untuk masalah seperti saya?.

Harap Doctor dapat beri penjelasan.

________________________

D, iaitu Rahang bawah lebih panjang dari rahang atas Kelas III atau prognathism

Perbezaan saiz dan struktur rahang juga mempengaruhi pembentukan gigi serta kecembungan rahang. Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan dalam menstruktur semula gigi dan rahang tetapi rawatan bergantung kepada tahap masalah dan umur pesakit.

Opsyen rawatan

a)rawatan mengatasi masalah jongang lebih berkesan dan mudah jika abnormaliti rahang atau gigi dapat dikesan pada peringkat awal terutama pada fasa gigi kekal mula tumbuh kerana corak pembentukan gigi boleh dikenal pasti.

Pendakap berfungsi merupakan satu daripada kaedah rawatan. Kaedah ini membabitkan sejenis pendakap berspring yang dipasang di antara geraham atas dan bawah penggunaan alat tersebut membantu membetulkan kedudukan gigi atas dan bawah melalui tekanan pada tulang rahang.

b)Kaedah lain pula ialah dengan menggunakan pendakap tetap ortodontik membabitkan satu set dawai dan pendakap yang dilekatkan pada gigi.

Pendakap-pendakap tersebut secara umumnya dipanggil braces. Tempoh penggunaan pendakap adalah berbeza mengikut kes tetapi secara lazim, ia memakan masa sehingga 28-36 bulan.

Teknik tersebut menggunakan dawai gred perubatan yang disesuaikan dan diketatkan secukupnya untuk mengubah kedudukan gigi pada kedudukan yang dikehendaki.

c) bagi pesakit dewasa mungkin perlu pembedahan selepas gigi dijajarkan dengan rawatan orthodontik. Ia terus dipakai selepas pembedahan untuk beberapa bulan untuk menstabilkan tulang.

salam..i nak tau..apakah kelebihan memakai pendakap gigi?dan jugs keburukannya.

______________________
Sila rujuk kepada artikel ini : http://drkam.wordpress.com/2009/06/16/rawatan-ortodontik-www-mao-org-my/

Sejahtera,
Saya pernah menjalani pembedahan di HKL kerana resument an angiofibroma. maka gigi bahagian atas bermula gigi seri kiri hingga geraham2 kiri telah turun kebawah. ini akibat pemotongan lelangit secara simetri termasuk tengkorak bahagian bawah mata bagi membuka wajah kiri untuk mengeluarkan tumor. Ini menyebabkan wajah tidak simetri seperti asal.

adakah rawatan untuk membaiki rahang dan gigi terbabit? berapa anggaran kos yang mungkin? saya menjalani pembedahan ini pada 1996 (14thn) kini saya 28 thn (2010).

———————————–
Kes seperti ini memerlukan kesinambungan diantara pakar maksilofasial pergigian, kosmetik dan juga plastik. Saudara perlu mempunyai seorang pakar pergigian yang berkerjasama dengan pakar pakar lain supaya kes ini dapat dijalankan dengan hasil baik dan memuaskan. Boleh hubungi saya jika sudi.

hai, dr saya berumur 38 tahun bolehkah saya memakai pendakap gigi sedangkan gigi bawah saya menggunakan bridge kerana gigi centre bawah saya tercabut. tapi gigi atas yang nampak lebih kedepan

—————————————
Masih boleh selalunya. Jika tidak bridge kena dipotong untuk membolehkan pergerakan gigi atas dan bawah dengan cara yang teratur.

salam dr, saya ingin tahu adakah semua rawatan ortodontik memerlukan cabutan mana2 gigi. Saya mempunyai masalah gigi geraham yang tidak rata (gigi depan tiada masalah atas dan bawah), adakah pegawai kerajaan masih boleh menggunakan GL untuk rawatan ini?

——————————
Tidak semua rawatan ortodontik perlu cabutan seperti di dalam kegigian yang jarang jarang, terdapat ruang antara gigi. Berapa jumlah GL setahun. Ini dikira sebagai rawatan kosmetik, selalunya perlu tambah sendiri.

hai.
saya baru memakai braces 5 hari yang lepas.
dr. telah mencabut 2 gigi atas saya kerana gigi atas yang kehadapan.
menurut dr. gigi bawah saya telah hilang satu dan saya tidak perlu untuk mencabut gigi bawah.menurut dr. juga,gigi bawah saya telah tersusun rapi. gigi bawah saya rapat kesemuanya walaupun satu telah tiada. ia kelihatan seperti tiada yang hilang.
soalan saya:

1) bagaimana gigi atas saya akan menutup lubang gigi yang tercabut sekiranya gigi bawah tidak dicabut

2) ketika ini saya hanya memakai braces dan dr. tidak memasang lagi elastic band. adakah gigi akan bergerak tersusun tanpa elastic band?

tq.

———————————————
Saya pasti yang memasang braces anda menerang 1) dan 2)

http://www.archwired.com/power_chains.htm

DOC,
saya nak tanya kalau pkai braces yg removble ,berapa cost kalau di swasta ?

_____________

nas, bukan pesakit yang menentukan aplains boleh tanggal atau tetap, tetapi perawat !! __ drkam

salam dr.
sya umur 19 thun..sye ada masalah gigi tidak tersusun sebelah atas dan bawah…bukan jongang yang penting…gigi bongsu sye tlah tumbuh kesemuannya..sye teringin nak pakai braces bg membetulkan blik susunan gigi sye..tetapi sye xtahu sama ada rawatan ni dapat dilakukan ke x dkt hospital husm..kalo nk buat dkt klinik private kos rawatannya agak mahal..sedangkan sye student lagi… wsslm..

____________________

Cuba pergi sendiri kesana atau tinjau laman ini : http://dental.usm.my/ver2/index.php?option=com_content&task=view&id=151&Itemid=319

salam dr
6 bulan yang lepas saya mengalami kemalangan di mana sewaktu kemalangan tersebut bahagian dagu saya terhentak dan menyebabkan dua gigi hadapan tergerak ke depan dan patah separuh. saya diberi rawatan filling di klinik dan skrg saya sedang memakai alat pemegang pada gigi hadapan saya.

tetapi selepas dari kemalangan tersebut rahang bawah saya nampak seakan-akan semakin lebar dan kadang kala apabila bercakap atau mengunyah gigi bawah berlanggar dengan gigi atas (hadapan). adakah saya perlu mendapat rawatan ortodontik?
tq.

———————————–
Jika saudari memakai pemegang untuk gigi atas, dan mengalami masalah rahang bawah, doktor pergigian saudari boleh mengenalpasti masalah ini. Jika beliau tidak berkebolehan merawat saudari, dia akan merujuk kes saudari kepada pakar ortodontik berdekatan. Salam, Kamsiah.

salam dr..
sy berusia 16thun…sy mempunyai masalah gigi jongang yg ketara…sy sudh membuat senarai menunggu di klinik kerajaan tetapi tempoh 3thun itu terlalu lama…sy ingin membuat rawatan ortodontik di klinik swasta ttp sy tidak tahu klinik yg manakah yg boleh menguruskn masalah sy tnpa melalui senarai menunggu yg terlalu lama…klinik swasta yg manakah yg harus sy pergi untuk mendapatkn rawatan ortodontik di area kuala terengganu???
tq

——————————————
http://groups.yahoo.com/group/ingatan/message/6031

sy ada masalah gigi crossbite..
bagaimana prosedur yang perlu sy lakukan untuk merawat gigi sy..
berapa lama tempoh rawatan yang diperlukan..
berapa kos rawatan biasanya..

Salam…dr sya nk tye…brape lme tmp0h pmriksaan gigi sblum mmkai aplians??dan brape kali perlu b’jmpe dr dlam sbln??

salam dr,

baru2 ni sy telah mendapatkan nasihat dr gg untuk buat braces..tetapi dr itu menasihatkan sy supaya mendapatkan khidmat pakar kerana gigi taring saya terbenam dan perlu mengeluarkannyer terlebih dahulu..mane sy nk dpt info tentang pembedahan mengeluarkan gigi taring itu?

_____________________________________________________________
Mar, sepatutnya Doktor Pergigian Mar boleh merujuk kepada Pakar PEMBEDAHAN pergigian yang berhampiran dengan tempat tinggal Mar. Ia perlu di keluarkan kalau Mar mahu membuat rawatan ortodontik. Jika tidak, tidak perlu–Kamsiah

Salam. Hai doc Kamsiah! i went for a check up with my dentist last week and he said that both of my jaw are not balance.

It seems that he’s also not sure about that, so he suggested me to go n see the dentist in my campus IIUM, Gombak. But then they also seems to have no clue at all. So, to make my life easier may i know where to find you?

Or do you have ur own practice?
I’ve checked some of the oral surgeons in Malaysia but all of them are way too expensive for me! The range are between 10-30k. So a government hospital would be ok for me though. :)

I am more than grateful to get your feedback asap.

——————————————————

http://drkam.wordpress.com/welcome-to-dr-kams-blog/

hai. saya ade masalah gigi berlapis , boleh tak klau saye menggunakan kaedah porcelain and composite? :)

———————
Porcelain lebih tahan.

sy nk tnyer gigi sya skang belah atas sdkit jongang. dan gusi sy sdkit timbul. dan doctor ckp, sy perlu bertmu doctor pakar sbb klu sy mgunakan braces, mulut sy ttp samer, masih tbuker jger. leh x bantu saya, apakah rwtn yg sesuai dengan sy, dan braperkah coznyer?? sesaper tau x, doctor pakar mner pling murah, area kl or selangor.

————————————–

Perlu kombinasi rawatan Ortodontik, Pakar bedah Maksillofasial dan mungkin Pembedahan Plastik. Cari ketiga2 kepakaran ini melalui laman web malaysian assosiation of orthodontist !

salam Dr kamsiah

saya berumur 24 thn. masalah sya adalah, gigi bawah sy berlapis tp xteruk dan 2 btg gigi di bahagian atas agak terkeluar dr susunan. sy ingin memakai braces tp tdk tahu dimana klinik swasta yang mengenakan kos yg rendah memandangkan sy masih belajar. sy tgl area sg buloh. dan saya juga tidak tahu bagaimana nak survey utk klinik yg berbaloi. harap doktor dapat membantu saya. sekian terima kasih.

—————————-
Saudari boleh menjadi calon untuk kes doktor doktor gigi yang melakukan kursus diploma didalam bidang ini di ADS, Damansara Perdana. (David Orthodontic )

salam..

sy memang dah plan nk pakai braces di pusat kesihatan tmpt sy study,tp doc tu cakap kosnya dalam rm300 shaja..sy kurang yakin sebab murah sangat.saya takut nanti tak dapat rawatan susulan pulak..berapa kos yang sebetulnya?

Hai salam sejahtera….saya ada sedikit masalah berkenaan dgn gigi….gigi saya elok dan tersusun kemas….tapi masalahnya walaupun ia tersusun elok, tapi gigi saya agak jonggang di bahagian atas & bawahnya…..jadi bagaimanakah caranya utk ia kelihatan tidak jonggang…adakah ada cara lain selain guna braces? @ ada kaedah moden lain bagi mempercepatkan proses gigi saya kembali normal??? saya ada mendengar kaedah rawatan moden mungkin guna kaedah laser kot iaitu dlm masa beberapa jam saje masalah ini dapat diatasi tapi kosnya memang agak tinggi….klu Dr tahu dimana tempatnya, mintak info yeaaa…TQ

salam,umur saye 17 tahun,sye bru 3 weeks pkai upper removble aplians,tp knpe sye x rse gigi skit n mcm xde perubhn,tp alat ni x longgar,mmg cmtu ke?

———————————-
Saya cadangkan saudari berjumpa doktor pergigian yang memasang aplians boleh tanggal tersebut seperti yang dijadualkan.

hai..nak tanye..boleh ke pakai braces lagi..kalau saya dah buat crowning gigi bhagian depan..sebab gusi saya still jongang lagi la doctor.

——————-
Boleh, ada pendakap yang boleh memegang korona porselain—-Kamsiah

hi

dr kam, ada klinik orthodontics x?klu ada di mana ya? cause i think i need second opinion from ortho specialist..

Hi Dr, saya ada baby yang cleft lip & palate. Quite susah nak cari info ttg reconstructive surgery for him. Jika Dr ada any refernce diharapkan dapat salur pada sy spt proses, which hosp and also costing. Really berharap. TQ

———————–
Boleh hubungi Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia yang berpusat di Pantai Medical Centre, Bangsar, Kuala Lumpur. Boleh hubungi Dr. Kim Tan, AM. MBBS (Lond) FRCS (Edin)
Plastic, Reconstructive & Aesthetic/Cosmectic Surgery
Hand & Microsurgery.

Dr, saya nak tnya mengenai rahang muka..saya tiada masalh tentang gigi..tetapi bahagian rahang muka saya agak besar…ini menjadikan muka saya agak bersegi… ada x rawatan untuk masalah ini…

—-

Ada, boleh berjumpa mana mana pakar orthodontik Dan pakar pembedahan maksilofasial untuk rawatan ini—Kamsiah

salam, saya dari kuching sarawak..saya mempunyai gigi tidak rata di bahagian depan..saya confuse samada membuat pendakap gigi …boleh tlong bantu saya..boleh kah saya hantar gambar gigi saya?

—-
Boleh, hantar ke email saya: drkamsiah@yahoo.com

asalammualaikum..di sini saya ingin brkongsi masalah saya iaitu saya menghadapi masalah untuk melakukan pembedahan rahang..saya sudah memakai pendakap gigi hampir 3 tahun dan ingin melakukan pembedahan rahang.masalahnya adalah gigi saya di bahagian bawah sedikit ke depan dan gigi atas di sedikit ke belakang.saya juga telah diberitahu bahawa terdapat kesan-kesan selepas pembedahan rahang dan menjadi masalah kepada saya adakah baik untuk melakukan pembedahan rahang atau tidak? saya harap dapat jawapan daripada saudara atau saudari..terima kasih

Saya berumur 19 tahun dan saya adalah masalah pertumbuhan gigi sewaktu pertengahan sekolah menengah. Waktu saya 14tahun, gigi saya tidaklah rata sangat, tapi bila naik 15 tahun, saya sedar gigi saya mengalami perubahan yang sangat ketara. Bila saya menjangkau 16 tahun, gigi saya jadi sangat tak teratur, ada yang terlalu ke depan dan ada yang terlalu kebelakang. Saya sekarang mengalami maloklusi jenis C (jika mengikut pengkelasan yang Dr. tunjuk di atas). Saya juga ada masalah yang jarang orang lain ada iaitu kebanyakan gigi saya mempunyai 3 akar, dan gusi saya selalu berdarah bila menggosok gigi. Jadi apakah rawatan terbaik untuk saya perbetulkan susunan gigi saya selain rawatan ortodontik? Ataupun ortodontik sahaja caranya untuk saya kembalikan susunan gigi saya yang lama? Harap dibalas dengan segera….terima kasih.

——————–
Sealain dari Rawatan Ortodontik saudari juga boleh membuat rawatan yang saya panggil ortodontik sertamerta dengan mengguna korona pada bahagian estetik . Ia cuma mengambil masa 1-4 minggu.

assalam dr….

bolehkah masalah gigi jongang diatasi dgn implan?

______________

Kalau saudara mahu mencabut gigi gigi yang sedia ada—Dr.Kamsiah

Dr,
saya ada masalah gigi jarang yang ketara,bolehkah diatasi dengan memakai braces?berapa lama tempoh pemakaian?berapa anggaran kos?

—-
Pasti boleh, perlu konsultasi dulu. Jumpa doctor gigi anda. Kalau mahu buat rawatan dengan saya, hubungi klinik saya seperti dilaman “Welcome” — Kamsiah

Dr, saya nak tanya, adakah cara lain selain menggunakan brace untuk menyusun semula gigi yang jongang. Gigi saya tidak terlalu jongang tapi saya tetap tidak dapat tutup mulut dengan sempurna.

—–
Saudari boleh menggunakan korona atau veneer untuk mencantikkan gigi dan posisi gigi. Sila rujuk kepada gambar flicker pada sisi kanan laman blog saya– drkamsiah

Hi Dr, saya dah buat crowning di gigi atas 6 btang.. kalau saya nak rapatkan gigi bawah sahaja boleh x? sbb gigi bwh jarang. selapas setahun buat crowning , gigi saya mula berdarah dah gusi bengkak. Apakah puncanya dah apa perlu sy lakukan . TQ


Kalau masalah setakat jarang, boleh rapatkan. Masalah gusi berdarah bengkak selalunya disebabkan hygine / kesihatan mulut yang kurang memuaskan. Perlu buat scaling dan polishing.

Doktor, saya sudah memakai braces selama 1 tahun 8 bulan. Braces dicabut pada bulan june 2012. tetapi malangnya saya terpaksa memakai semula braces buat kali kedua disebabkan gigi geraham sahaja yang rapat….gigi lain tak rapat dan menyusahkan saya utk mengunyah…apakah yang menyebabkan masalah ini?

Salam..dr, rwtm korona tu mcm mana..dan brpa agk nya kos rwtn tu

—————-
Terdapat berbagai jenis korona dari perselain terikat kepada logam sehinggalah kesemua porselain. Anggaran dari RM 500-3000 se korona.

salam,, dr sy nk pkai braces tp gg graham besar sy tiada (dibuang masa sekolah)….mmg sy dh xder harapan lg ke utk pkai braces?

——–
Apa tujuan saudari mahu memakai “braces”? Jika saudari buat temujanji dengan doktor Pergigian yang melakukan rawatan Ortodontik, saya pasti saudari dapat penjelasan yang lebih terperinci.

Bagi saya tiada secara amnya tidak mempunyai sebarang masalah dengan ketiadaan Gigi molar pertama.– Kamsiah

salam, sebelum ini saya telah memakai braces dan sekarang selepas rawatan saya menggunakan wayar pada belakang gigi saya yang lekat secara tetap. tetapi masalahnya sekarang ia agak longgar dan hujungnya tajam mencucuk bahagian lidah dan bibir, apakah yang dapat saya lakukan dan berapakah kos pembaik pulih yang perlu dijalankan, terima kasih.

————–
Saya cadangkan saudari pergi berjumpa semula pengamal Ortodontik yang telah melakukan rawatan Ortodontik saudari. Beliau mungkin masih menyimpan rekod pergigian saudari termasuk model terakhir yang diambil apabila rawatan selesai. Jila ada gigi gigi yang telah berganjak, rekod ini adalah penting. Harga? Bergantung kepada klinik. Mungkin klinik pergigian kerajaan dapat membuatnya dengan kos yang rendah atau percuma.— Kamsiah

apakah kebaikan dan keburukan bagi aplian ortodontik boleh tanggal dan tetap

—-
Sila rujuk: http://www.mao.org.my/malay-public10.htm

RAWATAN ORTODONTIK (Aplians Ortodontik Tetap)

Aplains ortodontik tetap adalah pendakap yang terlekat pada gigi. Ia tidak boleh dikeluarkan daripada mulut dan tak sepatutnya tertanggal.

Rawatan aktif biasanya, secara purata, mengambil masa 2 tahun. Sesetengah kes mengambil masa lebih lama dan sesetengahnya, lebih singkat. Selepas itu, anda biasanya akan diberi alat pemegang.

Temujanji berkala biasanya diatur 1-2 bulan sekali.

Anda patut manjangka yang berikut:

Kesakitan, perubahan suara dan kejadian ulser mulut dalam beberapa hari selepas alat ortodontik dipasang dan selepas ianya diubahsuai. Anda akan membiasakan diri selepas seketika. Jika perlu, anda boleh mengambil ubat tahan sakit yang biasa.

Ketidakselesaan semasa makan dan bunyi sendi rahang disebabkan perubahan dalam kedudukan gigi. Ini biasanya sementara sahaja dan akan reda selepas rawatan.
Kejayaan rawatan anda kebanyakanya bergantung kepada usaha anda sendiri. Anda harus mimikul tanggungjawab anda.

Anda mesti melakukan yang berikut semasa rawatan:

Menjaga kebersihan mulut. Anda mesti memberus gigi setiap kali selepas makan. Guna ubat gigi berfluorida dan ‘berus gigi botol’ khas, jika perlu, untuk memberus di bawah wayar. Penggunaan kumur mulut berfluorida mungkin membantu.

Makan makanan lembut sahaja. Makanan keras, besar dan melekit (kacang, keropok, daging liat, gum kunyah dll) akan merosakkan aplians alat ortodontik anda. Anda patut potong makanan anda sehingga kecil sebelum memakannya.
Jika anda mempunyai masalah dengan alat ortodontik anda, sila datang ke klinik secepat boleh untuk pemeriksaan.

TOLONG SIMPAN APA-APA YANG TANGGAL DARI GIGI ATAU APLIANS ANDA DAN TUNJUKKAN KEPADA DOKTOR.

Sekiranya anda tidak dapat memikul tanggungjawab anda, dan gigi anda mula dirosakkan akibat pemakaian alat ortodontik, rawatan anda mungkin dihentikan.

RAWATAN ORTODONTIK
(Aplians Fungsi Dan Boleh Tanggal)

Aplians boleh tanggal adalah pendakap yang boleh dikeluarkan daripada mulut. Aplains fungsi adalah pendakap khas yang bertujuan memperbaiki hubungan rahang anda. Ia biasanya boleh tanggal.

Ia hanya berkesan sekiranya anda bekerjasama dengan arahan kami. Arahan ini mungkin seperti berikut:

Anda perlu memakainya hampir sepenuh masa. Ini termasuk bila ke sekolah, tidur, tengok TV dll.
Anda patut hanya menanggalkannya bila berus gigi, bermain sukan lasak, makan, bercakap depan khayalak ramai dan berenang.
Bila di luar mulut, simpankannya dalam bekas teguh, sebelum memasukkannya dalam beg, poket ataupun tempat lain.
Bila memberus gigi, bersihkan aplians ini juga.
Anda patut menjangka yang berikut:

Ketidakselesaan pada gigi dan otot rahang.
Pengaliran air liur yang banyak.
Kesusahan bercakap dan perubahan suara yang sementara.
Kelonggaran aplians ini pada mulanya.
Anda akan membiasakan diri memakai aplians anda selepas seketika.

Jika anda mempunyai masalah dengan alat ortodontik anda, sila datang ke klinik secepat boleh untuk pemeriksaan.

TOLONG SIMPAN APA-APA YANG TANGGAL DARI GIGI ATAU APLIANS ANDA DAN TUNJUKKAN KEPADA DOKTOR.

Sekiranya anda tidak dapat memikul tanggungjawab anda, dan gigi anda mula dirosakkan akibat pemakaian alat ortodontik, rawatan anda mungkin dihentikan.

thank q byk2….

hye,sye Uswatul Wahida.brumur 17 thun.sya ingin memasang pndakap gigi.sye bru nk pkai thun ni.di klinik kerajaan,adakah sye dpt memasang pendakap gigi secara percuma pada 17 thun?

Salam dr..
Saya ada masalah gigi jongang dan ianya amat memalukan bagi saya..
Saya sekarang belajar di ipta dan saya tiada langsung keyakinan ketika bercakap dengan kawan mahupun pensyarah lebih-lebih lagi ketika ‘presentation’ di hadapan kelas..
Sebelum itu saya ingin bertanya adakah boleh gigi saya senormal orang lain??
Saya dapati rahang gigi saya juga kedepan..
Bolehkah rahang itu kembali normal seperti orang lain…
Saya juga kadang-kadang tergigit lidah atau bibir ketika bercakap/makan..
Adakah rawatan pendakap gigi/braces paling sesuai untuk saya..
Saya ingin berasa yakin bercakap dengan orang lain…
Bolehkah saya membuat bayaran secara beransur ansur..???

Saya nak buat implan gigi hadapan. Tetapi ruang gigi ni makin rapat dan tak sama dengan gigi yg lain. Kalau macam tu apa yg patut saya buat dr ?

—–
Berbagai cara boleh dilakukan , samada menutup ruang tersebut secara orthodontik dan membentuk semula gigi yang telah ditarik ke ruang tersebut atau membuka ruang tersebut cukup untuk meletak satu implan di situ– Kamsiah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 809,467 sparkling smiles
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers

%d bloggers like this: